SLS Mahir Foto Gambar Estetik Gaya VSCO
3 September 2026 | Aktiviti TerkiniPada 3 September 2026, seorang peserta telah menyertai Kelas SLS Mahir Foto yang bertajuk Gambar Estetik Gaya VSCO. Kelas ini telah diadakan bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik menghasilkan gambar yang lebih menarik, kreatif dan mempunyai nilai estetik menggunakan gaya penyuntingan VSCO. Peserta diperkenalkan kepada asas pemilihan gambar, penggunaan pencahayaan, komposisi serta teknik penyuntingan untuk menghasilkan foto yang lebih kemas dan menarik.
Selain itu, peserta turut mendapat perkongsian mengenai penggunaan filter, pelarasan warna dan elemen visual yang sesuai bagi menghasilkan gambar dengan gaya yang konsisten. Kelas SLS ini diharapkan dapat meningkatkan kemahiran peserta dalam menghasilkan kandungan visual yang lebih kreatif untuk kegunaan peribadi mahupun media sosial.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: